Wednesday, March 25, 2009

Kem Pengukuhan Al-Quran 18 - 21 Mac 2009

Majlis perasmian di dewan serbaguna sekolah


Kem Pengukuhan Al-Quran Siri Pertama 2009 diadakan pada 18 Mac hingga 21 Mac 2009 bertempat di SM Imtiaz Besut. Program bermula dengan Majlis Temu Murni bersama Ibubapa tingkatan satu dan dua pada 18 Mac 2009,jam 4.30 petang di Dewan Serbaguna sekolah.Antara kenamaan yang hadir pada hari tersebut ialah Dato’ Seri Idris bin Jusoh bersama isteri,YB Tepuh Muhammad Ramli bin Nuh, YB Kuala Berang Mohd Zawawi bin Ismail. Antara pengisian kem ini ialah slot motivasi, pendedahan tentang teknik-teknik menghafal al-Quran, qiamullail dan bbq.



Pelajar sedang mengikuti tasmi' bersama guru Al-Quran


Hafazan di masjid


bbq







Tuesday, March 10, 2009

LAWATAN INSENTIF BAHASA 23 FEB 2009

Lawatan ini disertai oleh 33 orang pelajar yang cemerlang dalam ketiga-tiga subjek bahasa pada peperiksaan pertengahan semester 1 baru-baru ini dengan diiringi 3 orang guru bahasa. Lawatan yang diadakan pada hari Isnin ,21 Feb 2009 adalah sebagai insentif di atas kecemerlangan mereka dengan harapan ia akan lebih membuatkan para pelajar bermotivasi untuk meningkatkan kualiti pembelajaran mereka untuk menempatkan diri dalam siri lawatan seterusnya.

Dalam lawatan ini, para pelajar dibawa ke Perpustakaan Negeri Kelantan untuk menghadiri satu sesi dialog bersama penulis terkenal dari Amerika Syarikat berkenaan penulisan dan sastera Inggeris. Seterusnya, para pelajar diberi tugasan dalam ketiga-tiga bahasa yang menuntut pelajar untuk bergerak secara berkumpulan di sekitar kawasan Dataran Quran Kota Bharu. Pihak sekolah amat berbesar hati dengan sepasang ibubapa pelajar ( Abu dan Ummu Ariff Hikmi) yang menaja makan tengah hari peserta.





Thursday, March 5, 2009

Majlis Permuafakatan Kecemerlangan Pendidikan - 21 Feb 2009

Majlis Permuafakatan Kecemerlangan Pendidikan SM Imtiaz besut diadakan pada 21 Februari 2009 bertempat di Kompleks Rakan Muda Besut melibatkan ibubapa pelajar dari semua tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Dato’ Seri Idris Jusoh (Penasihat imtiaz) serta isteri Toh Puan Sri Hjh. Che Kamariah Zakaria turut hadir untuk merasmikan majlis .

Antara agenda yang dibincangkan ialah pendedahan hafazan kepada para pelajar tingkatan 1 dan Kutipan dana projek PMR 2009, keputusan peperiksaan TOV, kem kecemerlangan yang dirancang untuk PMR 2009 dan percambahan idea daripada ibubapa pelajar.

Gimik perasmian majlis


Sesi soal-jawab ibu bapa dan guru

Pasukan PMR 2009 sedang melafazkan ikrar


Barisan Urusetia