Saturday, April 25, 2009

MAJLIS KESYUKURAN KHATAM HAFAZAN AL-QURAN & TEMU MURNI PMR 2009

Dif- dif kehormat yang hadir bagi meraikan Al-Hafiz dan Al-Hafizah SM Imtiaz Besut


Tetamu- tetamu yang hadir dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran


Barisan Al-Hafiz dan Al-Hafizah SM Imtiaz Besut 2009


Pelancaran buletin-imtiaz oleh Toh Puan Seri Hjh Che Kamariah


Mohd Alimi bin Mahusin bersama ibubapanya,Toh Puan Seri Hjh Che Kamariah, Pengetua SM imtiaz Besut dan Ketua Pegawai Eksekutif iiSB.


Majlis Temu Murni antara guru- guru dan ibubapa


Guru- guru yang bersemangat waja dalam mendidik pelajar


SM Imtiaz Besut telah mengadakan Majlis Kesyukuran Khatam Hafazan al-Quran dan Temu Murni PMR 2009 pada 23 April 2009 (Khamis) bertempat di Masjid Hadhari Jerteh.


Majlis ini diadakan untuk menzahirkan rasa kesyukuran, memupuk rasa cinta dan kasih sayang warga imtiaz terhadap al-Quran dan mengeratkan hubungan antara pendidik dan ibubapa.

Seramai 10 orang pelajar iaitu 5 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan yang berjaya khatam dan hafaz 30 juzuk al-Quran. Mereka ialah Afifah Nabilah binti Mohd Safei, Hamizah binti Jusoh, Mohd Syazwan bin Ibrahim, Wan Muhammad Azri bin wan Salleh, Mohd hazarul Afiq bin Mohd Zainun,Muhammad Ehsan hafiz bin Abdul Jalil, Mohd Alimi bin Mahusin, Nurul Azimah binti Soud,Noor Kamalia Basyirah binti Mustaffa Parpal dan Sarah Auni binti Mohd Nadzri.

Majlis ini dirasmikan oleh isteri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Jerteh, T0h Puan Che Kamariah Zakaria.





Thursday, April 2, 2009

KEJOHANAN PETANQUE MASMAT 27-28 MAC 2009

Sekolah Menengah Imtiaz Besut telah menghantar 2 pasukan yg terdiri daripada 4 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan untuk mewakili sekolah pada kejohanan kali ini. Pasukan lelaki tewas kepada pasukan Sekolah Agama Ittifakiah (tuan rumah )pada saringan pertama. Namun begitu, pasukan perempuan tidak mengecewakan sekolah dengan berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat akhir dan berjaya meraih pingat Perak bagi kejohanan tersebut. Para pelajar tersebut ialah Nur Alia Binti Abdul Aziz, Nur Aimanajwa Binti Zailani, Nur Ain Fashihah Binti A. Ramzi dan Nur Fathiah Binti Zan Nain.

Wednesday, March 25, 2009

Kem Pengukuhan Al-Quran 18 - 21 Mac 2009

Majlis perasmian di dewan serbaguna sekolah


Kem Pengukuhan Al-Quran Siri Pertama 2009 diadakan pada 18 Mac hingga 21 Mac 2009 bertempat di SM Imtiaz Besut. Program bermula dengan Majlis Temu Murni bersama Ibubapa tingkatan satu dan dua pada 18 Mac 2009,jam 4.30 petang di Dewan Serbaguna sekolah.Antara kenamaan yang hadir pada hari tersebut ialah Dato’ Seri Idris bin Jusoh bersama isteri,YB Tepuh Muhammad Ramli bin Nuh, YB Kuala Berang Mohd Zawawi bin Ismail. Antara pengisian kem ini ialah slot motivasi, pendedahan tentang teknik-teknik menghafal al-Quran, qiamullail dan bbq.



Pelajar sedang mengikuti tasmi' bersama guru Al-Quran


Hafazan di masjid


bbq







Tuesday, March 10, 2009

LAWATAN INSENTIF BAHASA 23 FEB 2009

Lawatan ini disertai oleh 33 orang pelajar yang cemerlang dalam ketiga-tiga subjek bahasa pada peperiksaan pertengahan semester 1 baru-baru ini dengan diiringi 3 orang guru bahasa. Lawatan yang diadakan pada hari Isnin ,21 Feb 2009 adalah sebagai insentif di atas kecemerlangan mereka dengan harapan ia akan lebih membuatkan para pelajar bermotivasi untuk meningkatkan kualiti pembelajaran mereka untuk menempatkan diri dalam siri lawatan seterusnya.

Dalam lawatan ini, para pelajar dibawa ke Perpustakaan Negeri Kelantan untuk menghadiri satu sesi dialog bersama penulis terkenal dari Amerika Syarikat berkenaan penulisan dan sastera Inggeris. Seterusnya, para pelajar diberi tugasan dalam ketiga-tiga bahasa yang menuntut pelajar untuk bergerak secara berkumpulan di sekitar kawasan Dataran Quran Kota Bharu. Pihak sekolah amat berbesar hati dengan sepasang ibubapa pelajar ( Abu dan Ummu Ariff Hikmi) yang menaja makan tengah hari peserta.