Saturday, April 25, 2009

MAJLIS KESYUKURAN KHATAM HAFAZAN AL-QURAN & TEMU MURNI PMR 2009

Dif- dif kehormat yang hadir bagi meraikan Al-Hafiz dan Al-Hafizah SM Imtiaz Besut


Tetamu- tetamu yang hadir dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran


Barisan Al-Hafiz dan Al-Hafizah SM Imtiaz Besut 2009


Pelancaran buletin-imtiaz oleh Toh Puan Seri Hjh Che Kamariah


Mohd Alimi bin Mahusin bersama ibubapanya,Toh Puan Seri Hjh Che Kamariah, Pengetua SM imtiaz Besut dan Ketua Pegawai Eksekutif iiSB.


Majlis Temu Murni antara guru- guru dan ibubapa


Guru- guru yang bersemangat waja dalam mendidik pelajar


SM Imtiaz Besut telah mengadakan Majlis Kesyukuran Khatam Hafazan al-Quran dan Temu Murni PMR 2009 pada 23 April 2009 (Khamis) bertempat di Masjid Hadhari Jerteh.


Majlis ini diadakan untuk menzahirkan rasa kesyukuran, memupuk rasa cinta dan kasih sayang warga imtiaz terhadap al-Quran dan mengeratkan hubungan antara pendidik dan ibubapa.

Seramai 10 orang pelajar iaitu 5 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan yang berjaya khatam dan hafaz 30 juzuk al-Quran. Mereka ialah Afifah Nabilah binti Mohd Safei, Hamizah binti Jusoh, Mohd Syazwan bin Ibrahim, Wan Muhammad Azri bin wan Salleh, Mohd hazarul Afiq bin Mohd Zainun,Muhammad Ehsan hafiz bin Abdul Jalil, Mohd Alimi bin Mahusin, Nurul Azimah binti Soud,Noor Kamalia Basyirah binti Mustaffa Parpal dan Sarah Auni binti Mohd Nadzri.

Majlis ini dirasmikan oleh isteri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Jerteh, T0h Puan Che Kamariah Zakaria.





2 comments:

  1. bersamalah kita mencatat sejarah dan bersama gegar gemilang! buktikan bahawa kita boleh!With Al-Quran as a guidance for mankind!

    ReplyDelete